Isu penerimaan Daging kultur

Kebenaran dalam agama

Perbincangan mengenai kehalalan jenis daging ini dari sudut pandang Islam sangat dibincangkan hiebat dalam kalangan ulama.[16] Institut Islam Orange County di California, Amerika Syarikat ada menyatakan pemakanan ini "tidak ada masalah yang diujarkan" [dari penganut setempat].[17] Abdul Qahir Qamar selaku pengarah fatwa dan hukum syariah di Akademi Fiqh Islam Antarabangsa Jeddah berpendapat bahawa penghasilan daging kultur boleh diibaratkan seperti yogurt yang dihasilkan dari susu selagi bahan asas tidak melibatkan haiwan diharamkan seperti babi.[18][17]

Pendapat awam

Meskipun daging jenis ini berasal dari sel haiwan sebenar termasuk otot, lemak dan penghubung serta pembuluh darah,[19] cara penghasilan ia boleh dillihat tidak menyenangkan bahkan dianggap "palsu".